Maklumat tentang SPAM??

Spam merupakan e-mail yang dihantar oleh seseorang atau sekumpulan orang yang cuba menghantar mesej komersial melalui internet kepada penerima yang tidak meminta mesej tersebut. Unsolicited commercial mail. Spamming dianggap mengganggu privasi orang kerana e-mail dihantar ke akaun e-mail peribadi. Ia juga salah kerana ia mencuri masa dan wang kita. Ini kerana ia mengambil masa dan wang untuk membuang, menerima, dan menapis semua mesej spam. Spam juga berbentuk iklan dan skim pelaburan yang tidak benar. Selalunya orang yang spam ni dapat alamat e-mail dari newsgroup, USENET atau mengumpulnya dari perkhidmatan email percuma dan instant messaging.


Tip untuk mengelakkan dari mendapat spam:
  • Elakkan memberi alamat e-mail yang sebenar apabila mendaftar dengan instant messaging atau IRC. Kalau kita hantar e-mail atau pergi ke website mereka untuk mengalihkan nama, kita hanya memastikan kepada mereka yang alamat e-mail kita tu betul.
  • Gunakan filter atau penapis walaupun cara ni tak lah 100% efektif. Sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan jumlah e-mail mengarut.
  • Berhati-hatilah apabila mendaftar di laman web. Baca penyata polisi keperibadian yang selalunya disertakan apabila sebelum mendaftar. Kalau laman web yang ingin mendaftar itu tak begitu penting ataupun bila log on ke IRC, letakkan alamat palsu.

No Response to "Maklumat tentang SPAM??"

Post a Comment