Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Teknologi Maklumat dan Komunikasi merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global.

diambil daripada :
http://mtcp.mmu.edu.my/mtcpcollect/WPDDW/vivi/ICT%20SYLLABUS/ictsyll.htm


No Response to "Teknologi Maklumat dan Komunikasi"

Post a Comment